- Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah unik bagi setiap klien. Pakar profesional kami akan menganalisa keperluan anda dan menawarkan penyelesaian yang paling bersesuaian dengan teras perniagaan atau organisasi anda.
- Kami akan memastikan setiap langkah yang diambil dimaklumkan terlebih dahulu kepada klien, sebelum membuat sebarang keputusan.
- Pada zaman yang pesat dengan kemodenan teknologi ini, setiap perbincangan boleh dilakukan secara diatas talian (online) bagi memudahkan pihak klien berurusan dengan kami pada bila-bila masa dan dimana jua. Walaubagaimanapun, kami tidak keberatan sekiranya pihak klien berhajat untuk mengadakan sebarang perjumpaan bagi tujuan tersebut.
- Penetapan harga, penghasilan kerja dan terma pembayaran adalah berbeza bagi setiap projek, dan ianya akan ditetapkan dalam rundingan antara kami dengan pihak klien. Setiap kata sepakat akan direkodkan dan dikongsi bersama bagi tujuan penyimpanan kedua-dua belah pihak.
- Selepas perbincangan dan persetujuan disepakati, pihak kami akan memulakan pelaksanaan kerja dengan secepat mungkin, mengikut kadar masa yang telah dibincangkan.
- Sebarang perubahan harga dan/atau kerja adalah atas persetujuan bersama antara kami dan klien.
- Pastikan pihak klien merujuk kepada setiap perbincangan serta terma dan syarat bagi kepastian setiap tempahan.