Setiap tempahan dan urusan perniagaan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat seperti yang telah ditetapkan dibawah, melainkan telah dipersetujui ketika rundingan sewaktu tempahan.
Kami amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Ianya amat penting bagi kami dalam menjalinkan hubungan baik dengan setiap pelanggan berdasarkan kejujuran dan kepercayaan. Walaubagaimanapun, haruslah difahami bahawa setiap kerja, rundingan dan tempahan memerlukan bimbingan dalam bentuk terma dan syarat. Inilah hak dan polisi kami, yang dirangka oleh peguam yang bertauliah, dan diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan kami.
Penyerahan Hasil Kerja/Karya ("Artwork")
Perubahan/Penambahbaikan Hasil Kerja ("Artwork Editing")
Pembatalan ("Cancellation")
Terma Penafian ("Disclaimer")
Terma & Syarat Am
Persetujuan Terhadap Terma & Syarat
Kami amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Ianya amat penting bagi kami dalam menjalinkan hubungan baik dengan setiap pelanggan berdasarkan kejujuran dan kepercayaan. Walaubagaimanapun, haruslah difahami bahawa setiap kerja, rundingan dan tempahan memerlukan bimbingan dalam bentuk terma dan syarat. Inilah hak dan polisi kami, yang dirangka oleh peguam yang bertauliah, dan diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan kami.
Penyerahan Hasil Kerja/Karya ("Artwork")
- Klien diminta membuat semakan terhadap "artwork" yang diberikan.
- Setiap kerja yang kami hasilkan akan dipersembahkan kepada klien bagi tujuan semakan dan penelitian.
- Sebarang perubahan atau penambahan ("edit"), perlulah dimaklumkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh "artwork" diberikan.
- Klien perlu memaklumkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kekurangan dalam setiap kerja yang dihasilkan, justeru langkah-langkah penambahbaikan akan kami laksanakan dengan sewajarnya.
- Sekiranya tiada sebarang maklum balas dalam tempoh tersebut, "artwork" tersebut dianggap telah dipersetujui ("confirmed") oleh pihak klien.
- Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya penambahan atau perubahan perlu dibuat selepas tempoh tersebut, dan selepas ianya dipersetujui ("confirmed").
Perubahan/Penambahbaikan Hasil Kerja ("Artwork Editing")
- Sebarang penambahan dan/atau penambahbaikan akan mengambil masa antara 3 ke 5 hari bekerja untuk diproses dan dilaksanakan, melainkan dimaklumkan selainnya.
Pembatalan ("Cancellation")
- Empayar Reka Niaga berhak membatalkan sebarang tempahan sekiranya terma dan syarat ini tidak ditepati, dan/atau berlaku ketidaksefahaman dan/atau persetujuan dalam perbincangan dan/atau sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
- Sebarang pembayaran dari pihak klien adalah tiada-bayaran-balik ("non-refundable") melainkan telah dipersetujui (secara bertulis) oleh pihak Empayar Reka Niaga.
- Sekiranya pihak Empayar Reka Niaga bersetuju untuk membuat sebarang bayaran balik ("refund"), pihak klien akan dibayar berdasarkan nilai baki kerja yang belum dilaksanakan sahaja dan akan dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan.
- Pihak klien mempunyai tempoh sehingga 3 bulan (90 hari) untuk memberikan segala maklumat yang diperlukan kepada pihak Empayar Reka Niaga untuk melaksanakan setiap tempahan (dari tarikh pembayaran dibuat). Sekiranya tiada maklumat diberikan dalam tempoh tersebut, maka tempahan adalah terbatal dengan secara automatiknya, dan tiada sebarang bayaran akan dikembalikan.
Terma Penafian ("Disclaimer")
- Empayar Reka Niaga tidak memberikan sebarang jaminan, tersurat atau tersirat, untuk semua produk dan/atau perkhidmatan yang dibekalkannya.
- Empayar Reka Niaga tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang disebabkan oleh produk dan/atau perkhidmatan yang dibekalkannya.
- Empayar Reka Niaga tidak bertanggungjawab atas kehilangan, dan/atau kehilangan data, dan/atau penyampaian produk dan/atau perkhidmatan, dan/atau keberkesanan produk dan/atau perkhidmatan, atas sebab apa pun.
- Empayar Reka Niaga tidak bertanggungjawab atas prestasi atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan produk dan/atau perkhidmatan.
- Klien bersetuju untuk tidak menuntut Empayar Reka Niaga yang bertanggungjawab atas penafian ("disclaimer") yang dinyatakan diatas.
- Empayar Reka Niaga berhak untuk menggunakan perkhidmatan sub-kontraktor, ejen dan pembekal, dan sebarang kerja, kandungan, perkhidmatan dan penggunaannya terikat dengan Terma dan Syarat antara Empayar Reka Niaga dan mereka. Empayar Reka Niaga tidak akan secara sengaja melakukan tindakan untuk melanggarnya dan klien juga bersetuju untuk terikat begitu.
Terma & Syarat Am
- Kesemua terma dan syarat yang dinyatakan diatas menggantikan mana-mana terma dan syarat yang dimaklumkan dalam apa jua bentuk dan/atau keadaan sebelum ini.
- Pihak Empayar Reka Niaga berhak mengubah kadar harga dan/atau masa dan/atau terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang makluman dan/atau pemberitahuan.
- Hak cipta bagi semua karya reka bentuk termasuk perkataan, gambar, idea, visual dan ilustrasi adalah hak milik/kepunyaan Empayar Reka Niaga kecuali telah dipersetujui sebaliknya secara bertulis dan semua kos diselesaikan.
- Dengan membekalkan sebarang sumber maklumat seperti perkataan, gambar, apa-apa bentuk media dan data, klien justeru mengisytiharkan ("declare") memiliki izin hak cipta dan/atau tanda dagang yang sah, sesuai atau berkenaan.
- Klien bersetuju untuk mengganti rugi sepenuhnya dan mengisytiharkan ("declare") Empayar Reka Niaga bebas dari sebarang tuntutan yang disebabkan oleh klien kerana tidak memperoleh hak cipta yang diperlukan, dan/atau kebenaran lain yang diperlukan.
- Klien juga bersetuju untuk membenarkan Empayar Reka Niaga menggunakan hasil karya yang telah dihasilkan untuk tujuan demonstrasi atau sebagai contoh ("sample"), dan untuk menggunakannya dalam publisiti dan portfolio Empayar Reka Niaga.
Persetujuan Terhadap Terma & Syarat
- Pihak klien dianggap telah bersetuju dengan kesemua terma dan syarat yang dinyatakan diatas apabila telah membuat sebarang bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan dari pihak Empayar Reka Niaga.